Thursday 28 April 2011

Erti Persahabatan

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

sesekali jadi lah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita .. ambil lah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia ,, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. dia juga ada kelemahan dan dia juga perlu kan kawan sebagai kekuatan. jadi lah kita kawan nya itu.. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka ..

disebalik senyuman nya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangan nya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu .. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah ....

No comments:

Post a Comment