Tuesday, 8 March 2011

FACEBOOK @ MUKA BUKU

Adakah benar mulai Mei ini laman sosial yang diminati ramai iaitu FACEBOOK akan ditutup secara rasminya ataupun tidak ????..Berita ini membuatkan kepada facebook2 tegar merasakan kesunyian jika laman ini ditutup.Terputus lah jaring sosial maya , chating, pic2 , komen2 di wall , sharing link, nota2 dan pelbagai lagi fungsinya.

Hrmm..nielah MARK ZUCKERBERG pengasas FACEBOOK nie..sekarang dia mengatakan dia tak boleh dah kawal facebook nie.Pastu alasan dia nak hidup seperti orang biasa..padan la dah kaya..nak buat apa lagi buat benda program nie..kalu aku jadi cam dia ..pun sama juga keputusan dia..

Takpe lah kalu dia tutup laman nie..aku pun nak buat jugak la laman sosial nie..apa ye nak diri nama dia..takpe leh pikirkan kemudian..nanti leh jadi kaya-raya macam dia.
Aku disini tak kesah lah laman ini ditutup ataupun tidak..yang penting masih ada lagi laman sosial lain seperti friendster dan Myspace, ini merupakan masa zaman aku sekolah dulu..sebelum berjinak dengan facebook ini ..masa tu aku ingat FACEBOOK macam susah jer nak gunakan nya..lama kelamaan terpengaruh jugak dengan laman sosial sehingga menjadi facebook tegar.hehhe...

KEBAIKAN facebook ini iaitu dapat mencari kawan2 lama, zaman sekolah , zaman tadika dan kawan yagn tak dikenali juga..cuma add sahaja dan tgu kawan tu approve sahaja. Satu lagi facebook ini tempat medan ku berchating dengan rakan2 tak perlu dah guna YM.Sampai aku tak install YM dah..Kebaikan nya lagi boleh letak gambar yg menarik..

KEBURUKAN ,Jika ada kebaikan mesti ada keburukannya ..macam2 keburukan yang dapat dari laman sosial ini..memang dah nama laman sosial..kepada pengguna ada yang bercerai rumah tangga, maki hamun sana sini, berita kurang benar, ada yang kena tipu sana sini bak percaya kata manis..tayang gambar yang tak elok dan macam2 lagi..

Oleh itu , tepuk dada tanya selera .,,,kita boleh beza mana baik dan buruk kita ni manusia ada akal nak berfikir....fikir-fikirkan.....

No comments:

Post a Comment